s2



Wednesday, 19 December 2012

"JANJIKU"

Janjiku? Ya Allah sesungguhnya aku berjanji pada diriku sendiri supaya niatku sentiasa betul untuk menyambungkan pelajaran. Aku berjanji kepada kedua ibu bapa,saudara mara,tunangku dan kawan-kawan. Mereka semua ingin melihat aku berjaya dalam hidupku. Terharu apabila mendengar nasihat daripada mak dan abah suruh belajar bersungguh-sungguh. Maafkan adik,mak,abah. Adik sayang sangat mak dan abah.Tetapi kadang kala adik lalai dalam hidup ini.
Adik berjanji akan berusaha sungguh-sungguh samapai berjaya. Adik buat apa yang termampu.
Pesan tunangku, "syg,ingat taw. pergi jauh dari abg ini adalah untuk belajar sahaja.kalau syg malas belajar,jangan menyusahkan mak abah.Abg tak suka syg malas-malas ya". Ya Allah besar rupanya tanggungjawab aku apabila melangkah ke dunia yang aku pilih ini.

Kadang-kadang aku termenung muhasabah diri. Kenapa aku ini mudah lalai? Ini tandanya imanku kurang. Apa-apa pun iman yang menentukan diri kita. Pandai macam manapun kita tetapi kalau iman kita tidak kukuh,maka mungkin di dunia hidup kita begitu bahagia,tetapi di akhirat kelak rasa malu apabila segala-galanya ditayangkan di Padang Mahsyar dan disaksikan oleh seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku ini bukan alim sangat dan bukan pandai bercakap soal agama,tetapi inilah naluri hatiku. Ada ke manusia tidak pernah membuat dosa atau silap? Sesungguhnya tiada..Semua manusia pasti ada melakukan kesilapan. Sama ada manusia itu sedar ataupun tidak. Banyaklah beristighfar supaya menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita sendiri tidak sedar bila kita lakukan.

Janji kepada mak abah adalah janji yang paling besar bagiku selepas janji menjadi hamba Allah S.W.T. Mak abah yang memberi kehidupan yang ceria dan bahagai dalam hidupku. Aku sangat sayangkan keluarga aku,mak, abah, along dan angah. Apabila aku tersasar,apa yang ada dalam fikiran adalah Allah dan mak abah. Aku akui,otak aku sangat lembab disebabkan aku malas.Sebenarnya aku kene belajar lebih daripada orang tetapi kadang-kadang mood itu yang buat aku malas dan suasananya membuat aku sentiasa tenang sahaja. Suatu ketika dahulu, mak pernah berkata, " Kalau adik hendak kahwin,adik kene ada degree dulu". Aku pegang dengan kata-kata mak. Siapa yang tak nak kahwin weh?hehehe tak normal itu kalau tak nak kahwin.

Tapi aku rasa,itulah cara yang paling kreatif sekali mak aku cakap dekat aku. Sebenarnya dia ingin melihat aku terus berjaya,maka pada usia remaja ini hanya berfikir tentang kasih sayang,maka mak menggunakan umpan "kahwin" sebagai cabaran dalam hidupku. Aku menyahut cabaran mak dengan belajar bersungguh-sungguh di tahap diploma sehinggakan mendapat keputusan tertinggi dan menerima anugerah dekan bagi setiap semesta. Aku hanya mampu melihat senyuman dan titisan air mata yang terukir pada kedia ibu bapaku apabila mereka melihat aku menerima anugerah tersebut. Tiada apa-apa yang mampu keluar daripada mulutku melainkan, TERIMA KASIH MAK, ABAH.ADIK SAYANG MAK ABAH. INI HADIAH UNTUK MAK DAN ABAH. Aku tidak mampu memberi apa-apa melainkan kejayaan aku.

Ya Allah, teguhkanlah diriku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk dan diberi petunjuk olehMu.
Ya Allah,berikanlah petunjuk kepadaku dan luruskanlah diriku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk dan kelurusan dariMu. Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang tidak lepas, nikmat yang tidak habis, dan menyerta Muhammad S.A.W. disyurga yang paling tinggi selama-lamaya. Ya Allahsesungguhnya aku memohon kepadaMu kurniaMu dan rahmatMu kerana tidak ada yang memilikinya kecuali hanya Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan, baik yang sekarang mahupun yang akan datang, yang aku ketahui mahupun tidak diketahui. Dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari seluruh kejahatan, baik yang sekarang mahupun yang akan datang, yang aku ketahui mahupun tidak diketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan yang diminta oleh hambaMu dan NabiMu, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang hambaMu dan NabiMu berlindung kepadaMu darinya.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu syurga dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadaya, baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa-apa yang mendekatkan aku kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang telah Engkau tetapkan bagiku merupakan suatu kebaikan. Amin ya rabbal alamin.

Monday, 17 December 2012

BILA TIDAK SUKA, MAKA MALAS,

Bila aku tidak suka atau tidak minat kepada sesuatu perkara, maka aku memang malas untuk buat dan  ambil serius tentang perkara itu. Tetapi hakikatnya aku terpaksa untuk buat demi kepentingan masa depan aku. Aku rasa bukan aku sahaja kot,semua orang pun macam itu. Bila kita dah tidak suka,kalo boleh pandang pun tak nak kan? Bukan semua orang mempunyai minat yang sama. Setiap individu yang ada di muka bumi Allah ini, mempujnyai minat yang pelabagai, yang tidak dapat dihitung begitu banyaknya. Tiada paksaan ke atas setiap individu untuk meminati sesuatu itu.

Serius aku mengaku. Aku memang lembab, bodoh sikit pasal IT ini kan. Tak semua perkara yang berkaitan dengan IT ini aku tidak suka,tetapi majoritinya adalah ya. Bagi aku sebenarnya rugi sangta otak  dan hati aku tidak suka tak minat benda yang paling berharga ini. Sekarang ini kan dah masuk alam moden. Dunia tanpa sempadan. Sepatutnya aku kena tahu lebih cara penggunaan dan sebagainya. tetapi bagi aku dah tahu asas pun sudah cukup, sebab aku malas nak usaha. Bagi aku,ini bukan bidang aku..

Paling aku malas sekali sebebanrnya kena buat kerja orang. Dah sah tiada kaitan dengan kita. Tapi itulah aku ni,tahap belas kasihan dekat orang itu sangat tinggi. Sampai tak kisah diri sendiri kene marah ker, maki ker,apa-apa jelah asalakan bukan orang  itu yang kena. Aku dah biasa dengan makian-makian orang ini. Kadang-kadang aku bersyukur kerana dengan cara orang itu, menambahkan pahala dan iman aku kerana aku mampu menahan marahku. Aku menjadi penyabar pula orangnya. Dulu aku jenis cepat marah, tetapi rasa bersyukur kerana sekarang ini, aku bukan diri aku yang dulu. Apa-apa pun yang orang cakap,aku tetap mampu tersenyum :))

Aku kalau boleh nak ubah perspektif aku ini. Aku tak nak buat kerja dalam paksaan. Tapi macam mana kan, memang dah terpaksa. Aku berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku dan memberi aku kekuatan untuk aku harungi perkara-perkara yang aku tidak suka dalam hidup aku ini. Tak lah semua perkara kau tidak suka,. Apa ingat aku ni bagus sangat ke? Memang sah-sah lah jawapannya tidak kan...YAng itu aku akui bahawa aku tidak bagus. Tapi sekurang kurangnya aku cuba untuk membuat yang terbaik. InsyaAllah.

PERNIAGAAN POPULAR MASA INI

Aku pilih perniagaan internet. Mengapa? kerana terlalu ramao golongan masyarakat sanggup berhenti kerja kerana memilih untuk memjalankan perniagaan persendirian melalui internet. Golongan majoroti adalah wanita kerana mereka lebih senang dan selesa bekerja di rumah berbanding bekerja di pejabat dan sebagainya. Pada suatu hari aku adalah menonton program "Bicara Wanita" di saluran televisyen yang telah ditetapkan. Slot pada hari itu ialah wanita lebih cenderung atau memilih untuk menjalankan perniagaan internet berbanding kena bangun awal pagi untuk pergi kerja.

Pada slot itu,seorang akauntan yang gajinya empat angka sanggup berhenti kerja sedangkan wanita itu masih di usia muda. Beliau berhenti daripada menjadi seorang akauntan lalu menjalan perniagaan menjual muffin dan kek secara atas talian. Dia hanya membuat seorang diri muffin itu di rumah dan alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang ramai. Muffin dan kek yang dibuat sangat menarik kerana dihiasi dengan perhiasan yang dibuat sendiri dengan hasil kreatifnya dan lebih-lebih lagi hiasan itu boleh di makan. Beliau mendapat pendapatan sebulan dalam lingkungan RM20,000.00. Wow! siapa yang hendak bagi kita duit sebanyak itu kan?

Oleh kerana beliau sangat meminati pembuatan muffin dan kek,jadi beliau bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan tersebut. Jadi, kita dapat lihat disini bahawa sekiranya kita meminati sesuatu pembuatan yang ke arah perniagaan ini,kita akan mendapat hasilnya. Sebagai contoh,kita mungkin tidak akan merasa begitu tertekan dengan kerja walaupun mendapat tempahan yang banyak kerana kita minat semua benda itu. Sekiranya kerja-kerja di pejabat,paling susah untuk berkomunikasi dengan pekerja-pekerja kerana tidak semua orang berfikiran sama dengan kita kan? kita tidak akan dapat memuaskan hati atau kehendak pekerja yang lain. Maka,kita akan merasa begitu tertekan.

Dari segi sudut keluarga,bagi wanita amatlah bertuah bagi saya sekiranya menjalankan perniagaan di atas talian sahaja yang hanya memerlukan duduk di rumah.  Disampaing itu,wanita yang sudah berkeluarga dapat memanfaatkan masa bersama keluarga tersayang dan secara tidak langsung dapat mengagihkan masa dengan betul dan melayan seluruh ahli keluarga dengan baik. Menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak, mengemas rumah dan sebagainya. Oleh itu, tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan lain untuk menghantar anak kerumah pengasuh atau mengambil pembantu rumah. Ini dapat menjimatkan kos sara hidup bagi sesebuah institusi rumahtangga.

Dari segi masa pula,tiada siapa yang akakn memaksa sesuatu kerja itu dimulakan pada waktu bila dan harus siap pada waktu bila. Ya! Betul bila ada tempahan,adalah tarikh yang perlu disiapkan, Tapi sekurang-kurangnya dengan bantuan alat yang seba canggih pada masa kini,wanita-wanita yang banyak membuka pernigaan membuat kek dan senangkatan dengannya dirumah banyak bergoyang kaki kerana alatan-alatannya semua canggih. Dimana, mesin ketuhar yang besar,yang dapat menyiapkan beberapa biji kek dalam satu masa. Semuanya bergantung pada mesin. Bukan sepenuhnya menggunakan tenaga individu itu sendiri. Jadi. tidakalah begitu penat dalam melakukannya.

Bagi anda semua macam mana? Adakah anda ada keinginan untuk membuka perniagaan sendiri satu hari nanti? Aku memilih untuk membuka sebuah perniagaan sebagai pendapatan tambahan. :D