Aku suka dengar radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bila aku rasa diri aku ini kosong faham tak? Sebabnya pendekatan atau isi kandungan dalam rancangan radio ini sangat menarik dan mampu melembutkan jiwa yang kacau.hehehehehe...Biasanya aku dengar masa waktu malam apabila aku gelisah atau tidak boleh tidur. Waktu 10.00 malam dan keatas,biasanya dimainkan alunan zikir-zikir taubat dan bacaan surah yang terpilih dari ayat al-Quran. Apabila aku dengar,dengan sendirinya jiwa akan rasa tenang dan sekali gus mengalir air mata kerana muhasabah diri.
Merasakan diri ini jauh daripada Allah S.W.T. Hanya melakukan solat lima waktu tanpa amalan-amalan tambahan sebagai bekalan di akhirat kelak. Daripada situ, apabila keesokan harinya diberi kesempatan untuk bangun,maka aku merasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada dirku. Disebabkan kekangan masa sepanjang tempoh pembelajaran ini, cara terbaik adalah aku memilih untuk mendengar dan menghayati bait-bait ungkapan ayat suci al-Quran tersebut. Dengan bacaan yang syahdu, terdetik di dalam hati, "ya Allah,ampunilah dosa-dosa hambaMu ini,lalu aku merzikir mengungkap lafaz SubhanAllah sebanyak mungkin.
Radio IKIM juga ada mendengdangkan lagu-lagu nasyid yang terkenal satu ketika dahulu. Selain itu, ada juga slot-slot bersama dengan para motivasi untuk memberitahu perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan,produk terkini dan sebagainya. Aku berharap diri aku akan berjaya di dunia dan juga di akhirat. Apa yang paling penting adlah kehidupan di akhirat yang akan kekal selama-lamanya dan meletakkan diri aku sama ada jauh atau dekat dengan Allah. Sebagai seorang anak,ingatlah supaya mentaati perintah kedua ibu bapa, dan sebagai seorang isteri,mengikut perintah suami selagi tidak melanggar hukum hakam Islam. InsyAllah sekiranya semua ini kita amalkan dalam hidup kita, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bismillahirahmanirahim,,
ya Allah Engkau kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada hambaMu yang lemah ini.
Buka kanlah pintu hati aku supaya berada di jalan yang lurus, di jalan yang Engkau redhai,
Peliharalah seluruh ahli keluargaku,ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku,dosa adik beradikku,dosa saudara maraku,dosa guru-guruku,ampunilah ya Allah dosa kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Maha Suci Engkau ya Allah, aku bermohon...Amin ya rabbal alamin.
www.ikimfm.my/
No comments:
Post a Comment