Wow! cepatnya masa berlalu. Sekelip mata je. Rasa macam baru mendaftarkan diri ke universiti ini,tup-tup dah nak habis semester. Macam seronok je bunyi dah nak habis semester,tapi sebelum itu kene lah lalui peperiksaan akhir dulu..Persiapan? Ya Allah ya Tuhanku,macam mana ini? Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dalam satu masa. Aktiviti di kolej nya lagi,semuanya untuk mengejar "LC".huhuhuhuhu..
Walau apa-apa pun minggu belajar sebelum peperiksaan adalah masa yang aku akan habiskan dengan jayanya. Masa itu aku akan mengulangkaji pelajaran dengan fokusnya. Aku harap sangat pada masa itu,dah tiada dapat mengganggu aku lagi. Aku akan manfaatkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran yang mana aku rasa masanya perlu lebih untuk memahami sesuatu perkara itu. Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini...amin.
Semester ini aku ambil tujuh subjek semua jam kreadit adalah 19.huhu kene jawab peperiksaan betul-betul ini. Ingat mak abah,orang yang paling tinggi meletakkan harapan kepada aku untuk berjaya. Aku harus berusaha. Aku dikurniakan otak yang mampu mengingati di akhir-akhir hampir kepada hari peperiksaan. Maknanya aku tidak boleh ulangkaji awal-awal,sebab masa itu niat aku dalam hati ini berkata " awal lagi ini", maka maklumat yang dihantar kepada otak menerima ia sebagai tidak serius. Inilah aku dari zaman diploma lagi :))
Tapi dengan tindakan aku ini, aku perlu berusaha betul-betul lah kerana aku berusaha diakhir-akhir,saat-saat genting. Maka pada masa itu,aku perlu percaya kepada diri sendiri dan hanya berfikiran posotif supaya badan,mata dan otak aku tidak penat pada ketika itu.Kata-kata semangat dari orang-orang tersayang amatlah diperlukan. Dan terutama sekali jangan lupa Allah. Ingat janji Allah kepada umatNya yang memohon bantuan kepadaNya setelah berusaha ya...Bukan hanya bertawakal sahaja...wink3!!!!
No comments:
Post a Comment