s2



Thursday, 13 December 2012

PERNIAGAAN HJ.MD.YUSOF BIN KADIR DAN KELUARGA ( YUSBIKA KEM )

Asalnya keluarga Hj.Md.Yusof bin Kadir adalah golongan yang hidup sederhana. Boleh juga dikatakan kurang sederhana kerana hanya bergantung kepada kerja makan gaji bagi Hj.Md.Yusof dan isterinya Hajjah Radziah. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata dimana kesemua adalah perempuan. Berpuluh-puluh tahun keluarga ini menjalani kehidupan dengan bergantung kepada makan gaji sahaja, tetapi itu semua sudah cukup membuat mereka satu keluarga hidup bahagia tanpa merasa bahawa mereka ketinggalan walaupun apabila dilihat mereka ketinggalan.

Selepas Hj.Md.Yusof pencen daripada pekerjaannya, beliau mula menjinakkan diri dengan dunia perniagaan. Pertama sekali beliau memohon satu lot kedai dan menyewanya lalu diusahakan perniagaan kedai runcit yang didaftarkan di atas nama "Perniagaan Adik-Beradik Mesra" sempena dengan anak-anak beliau. Pada awalnya perniagaan itu tidak menampakkan hasil yang menguntungkan kerana keadaan tempat yang tidak strategik kerana terletak di kampung dan kedudukan kedai tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas melalui jalan utama.

Apa yang dibanggakan ialah beliau sekeluarga tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Keluarga ini meneruskan juga perniagaan itu sehingga sampai pada satu masa keluarga ini dikejutkan dengan pemergian ayahanda Hj.Md.Yusof iaitu En.Kadir bin Awang.
En.Kadir mempunyai tanah seluas empat hektar dan arwah memeliha beberapa ekor lembu dan juga ayam kampung. Tanah tersebut berdekatan dengan sungai Pahang. Arwah berpesan kepada Hj.Md.Yusof untuk menjaga tanahnya,binatang peliharaannya dan kawasan rumahnya.

Maka, untuk berlaku adil terhadap adik - beradik yang lain, Hj.Md.Yusof menjual segala binatang peliharaan dan mengagihkan hasil jualan kepada semua adik-beradiknya. Lalu beliau memikirkan apa yang hendak dibuat dengan tanah tersebut? Keadaan tanah yang sangat cantik,damai kerana angin sepoi-sepoi bahasa kerana berhampiran dengan sungai. Suasana yang tenang membuatkan tempat tersebut harus dijaga dengan begitu teliti supaya tidak menghilangkan keaslian tempat tersebut. Daripada sinilah lahir satu idea nagi beliau untuk menceburkan diri ke alam perniagaan yang lebih mencabar.

Dengan itu,dengan keluasan tanah yang ada,dan tanah tersebut dalam keadaan yang rata, maka beliau membuka sebagai tempat untuk berkhemah bagi pelajar-pelajar sama ada peringkat universiti ataupun peringkat sekolah. Adik beradik Hj.Md.Yusof telah bersetuju kerana arwah telah meninggalkan wasiat kepada beliau untuk menjaga tempat tersebut. Maka dengan idea-idea yang difikirkan,apabila ingin membuka sebagai tempat untuk berkhemah,maka haruslah ada aktiviti-aktiviti yang berkaitan. maka dengan itu,aktiviti seperti merentas hutan,berjaga dalam hutan pada waktu pagi,maksudnya dari pukul 12.00 pagi sehingga 6.00 pagi. Pelajar akan diuji tahap keberanian mereka dan kesabaran mereka,

Selain itu, aktiviti seperti mengikat rakit dan bereka akan berakit sejauh 14 kilometer bersama kawan-kawan dengan diawasi oleh pihak bomba daerah Pekan. Rakit yang mereka naikki adalah hasil daripada ikatan mereka sendiri yang bakal ditunjukkan oleh pekerja-pekerja Hj.Md.Yusof yang telah dilatih. Pelajar akan ada slot-slot mereka sendiri seperti ceramah,seminar atau latihan dalam kumpulan. Mereka semua akan mengerjakan solat secara berjemaah di surau yang telah disediakan ditempat kem tersebut. Terdapat beberapa orang tenaga kerja yang telah dilantik bagi membantu mengawal pelaja-pelajar semasa tempoh kem dijalankan. Makanan disediakan dan kebiasaanya pada hari akhir pelajar di tempat kem tersebut,pelajar diminta untuk memasak sendiri dan makan bersama-sama bagi mengeratkan hubungan silatuttahim.

Dengan izin Allah S.W.T, hasil bagi perniagaan ini sangat menguntungkan sehinggakan pernah pada satu masa menerima bayaran sebanyak RM100,000.00 lebih ribu bagi pelajar yang masuk. Pelanggan tetap bagi tempat kem ini adalah Universiti Malaysia Pahang,dimana mereka akan mengadakan aktiviti pada setiap minggu di tempat kem tersebut. Pada hari universiti tersebut menjalani cuti semesta,para pelajar daripada sekolah-sekolah pula yang akan mendaftar untuk memasuki tempat kem tersebut. Kadang-kadang Hj.Md.Yusof terpaksa menolak permintaan dari pihak lain daripada menempah tempat tersebut kerana jadual sudah padat ditempah. Pelajar-pelajar akan tidur di dalam khemah.

Berkat kesabaran Hj.Md.Yusof dan keluarga, mereka dapat menjalani kehidupan yang semakin senang pada hari ini. Walaupun pada awalnya mereka terpaksa meminta bantuan kewangan daripada saudara-mara terdekat bagi menjayakan projek ini,namun hasilnya sangat lumayan. Akan tetapi jasa-jasa mereka yang terlibat dalam membantu sangat dihargai sehingga kini. Sekarang, keuntungan lebih banyak dapat daripada modal. Sebaliknya kelaurga ini pula dapat membantu saudara-mara yang lebih memerlukan. Seronok bila melihat cek yang diterima untuk bayaran masuk adalah mencecah belasan,puluhan dan ratusan ribu. Inilah janji Allah bila manusia itu berusaha tanpa mengenal penat lelah dan berputus asa,mereka akan berjaya biarpun pada awalnya mempunyai banyak dugaan,tetapi bahagia selamanya.

Aku sayang seluarga aku. Mereka terdiri daripada ayah kesayanganku Hj.Md.Yusof bin Kadir,  ibu kesayangan Hajjah Radziah binti Mamat, kakakku Shuhadaa binti Md.Yusof, Nurul Nuha binti Md.Yusof dan aku merupakan anak bongsu mereka iaitu Nur Hanim binti Md.Yusof. Segala penat lelah keluarga kita selama ini,adik hargai semuanya. Adik sayang semua dan insyaAllah adik akan menyambungkan perniagaan ini seperti yang ayah harapkan. InsyaAllah, Amin ya rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment