Janjiku? Ya Allah sesungguhnya aku berjanji pada diriku sendiri supaya niatku sentiasa betul untuk menyambungkan pelajaran. Aku berjanji kepada kedua ibu bapa,saudara mara,tunangku dan kawan-kawan. Mereka semua ingin melihat aku berjaya dalam hidupku. Terharu apabila mendengar nasihat daripada mak dan abah suruh belajar bersungguh-sungguh. Maafkan adik,mak,abah. Adik sayang sangat mak dan abah.Tetapi kadang kala adik lalai dalam hidup ini.
Adik berjanji akan berusaha sungguh-sungguh samapai berjaya. Adik buat apa yang termampu.
Pesan tunangku, "syg,ingat taw. pergi jauh dari abg ini adalah untuk belajar sahaja.kalau syg malas belajar,jangan menyusahkan mak abah.Abg tak suka syg malas-malas ya". Ya Allah besar rupanya tanggungjawab aku apabila melangkah ke dunia yang aku pilih ini.
Kadang-kadang aku termenung muhasabah diri. Kenapa aku ini mudah lalai? Ini tandanya imanku kurang. Apa-apa pun iman yang menentukan diri kita. Pandai macam manapun kita tetapi kalau iman kita tidak kukuh,maka mungkin di dunia hidup kita begitu bahagia,tetapi di akhirat kelak rasa malu apabila segala-galanya ditayangkan di Padang Mahsyar dan disaksikan oleh seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku ini bukan alim sangat dan bukan pandai bercakap soal agama,tetapi inilah naluri hatiku. Ada ke manusia tidak pernah membuat dosa atau silap? Sesungguhnya tiada..Semua manusia pasti ada melakukan kesilapan. Sama ada manusia itu sedar ataupun tidak. Banyaklah beristighfar supaya menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita sendiri tidak sedar bila kita lakukan.
Janji kepada mak abah adalah janji yang paling besar bagiku selepas janji menjadi hamba Allah S.W.T. Mak abah yang memberi kehidupan yang ceria dan bahagai dalam hidupku. Aku sangat sayangkan keluarga aku,mak, abah, along dan angah. Apabila aku tersasar,apa yang ada dalam fikiran adalah Allah dan mak abah. Aku akui,otak aku sangat lembab disebabkan aku malas.Sebenarnya aku kene belajar lebih daripada orang tetapi kadang-kadang mood itu yang buat aku malas dan suasananya membuat aku sentiasa tenang sahaja. Suatu ketika dahulu, mak pernah berkata, " Kalau adik hendak kahwin,adik kene ada degree dulu". Aku pegang dengan kata-kata mak. Siapa yang tak nak kahwin weh?hehehe tak normal itu kalau tak nak kahwin.
Tapi aku rasa,itulah cara yang paling kreatif sekali mak aku cakap dekat aku. Sebenarnya dia ingin melihat aku terus berjaya,maka pada usia remaja ini hanya berfikir tentang kasih sayang,maka mak menggunakan umpan "kahwin" sebagai cabaran dalam hidupku. Aku menyahut cabaran mak dengan belajar bersungguh-sungguh di tahap diploma sehinggakan mendapat keputusan tertinggi dan menerima anugerah dekan bagi setiap semesta. Aku hanya mampu melihat senyuman dan titisan air mata yang terukir pada kedia ibu bapaku apabila mereka melihat aku menerima anugerah tersebut. Tiada apa-apa yang mampu keluar daripada mulutku melainkan, TERIMA KASIH MAK, ABAH.ADIK SAYANG MAK ABAH. INI HADIAH UNTUK MAK DAN ABAH. Aku tidak mampu memberi apa-apa melainkan kejayaan aku.
Ya Allah, teguhkanlah diriku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk dan diberi petunjuk olehMu.
Ya Allah,berikanlah petunjuk kepadaku dan luruskanlah diriku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk dan kelurusan dariMu. Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang tidak lepas, nikmat yang tidak habis, dan menyerta Muhammad S.A.W. disyurga yang paling tinggi selama-lamaya. Ya Allahsesungguhnya aku memohon kepadaMu kurniaMu dan rahmatMu kerana tidak ada yang memilikinya kecuali hanya Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu seluruh kebaikan, baik yang sekarang mahupun yang akan datang, yang aku ketahui mahupun tidak diketahui. Dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari seluruh kejahatan, baik yang sekarang mahupun yang akan datang, yang aku ketahui mahupun tidak diketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan yang diminta oleh hambaMu dan NabiMu, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang hambaMu dan NabiMu berlindung kepadaMu darinya.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu syurga dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadaya, baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa-apa yang mendekatkan aku kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang telah Engkau tetapkan bagiku merupakan suatu kebaikan. Amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment