s2



Monday, 17 December 2012

PERNIAGAAN POPULAR MASA INI

Aku pilih perniagaan internet. Mengapa? kerana terlalu ramao golongan masyarakat sanggup berhenti kerja kerana memilih untuk memjalankan perniagaan persendirian melalui internet. Golongan majoroti adalah wanita kerana mereka lebih senang dan selesa bekerja di rumah berbanding bekerja di pejabat dan sebagainya. Pada suatu hari aku adalah menonton program "Bicara Wanita" di saluran televisyen yang telah ditetapkan. Slot pada hari itu ialah wanita lebih cenderung atau memilih untuk menjalankan perniagaan internet berbanding kena bangun awal pagi untuk pergi kerja.

Pada slot itu,seorang akauntan yang gajinya empat angka sanggup berhenti kerja sedangkan wanita itu masih di usia muda. Beliau berhenti daripada menjadi seorang akauntan lalu menjalan perniagaan menjual muffin dan kek secara atas talian. Dia hanya membuat seorang diri muffin itu di rumah dan alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang ramai. Muffin dan kek yang dibuat sangat menarik kerana dihiasi dengan perhiasan yang dibuat sendiri dengan hasil kreatifnya dan lebih-lebih lagi hiasan itu boleh di makan. Beliau mendapat pendapatan sebulan dalam lingkungan RM20,000.00. Wow! siapa yang hendak bagi kita duit sebanyak itu kan?

Oleh kerana beliau sangat meminati pembuatan muffin dan kek,jadi beliau bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan tersebut. Jadi, kita dapat lihat disini bahawa sekiranya kita meminati sesuatu pembuatan yang ke arah perniagaan ini,kita akan mendapat hasilnya. Sebagai contoh,kita mungkin tidak akan merasa begitu tertekan dengan kerja walaupun mendapat tempahan yang banyak kerana kita minat semua benda itu. Sekiranya kerja-kerja di pejabat,paling susah untuk berkomunikasi dengan pekerja-pekerja kerana tidak semua orang berfikiran sama dengan kita kan? kita tidak akan dapat memuaskan hati atau kehendak pekerja yang lain. Maka,kita akan merasa begitu tertekan.

Dari segi sudut keluarga,bagi wanita amatlah bertuah bagi saya sekiranya menjalankan perniagaan di atas talian sahaja yang hanya memerlukan duduk di rumah.  Disampaing itu,wanita yang sudah berkeluarga dapat memanfaatkan masa bersama keluarga tersayang dan secara tidak langsung dapat mengagihkan masa dengan betul dan melayan seluruh ahli keluarga dengan baik. Menyediakan makanan kepada suami dan anak-anak, mengemas rumah dan sebagainya. Oleh itu, tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan lain untuk menghantar anak kerumah pengasuh atau mengambil pembantu rumah. Ini dapat menjimatkan kos sara hidup bagi sesebuah institusi rumahtangga.

Dari segi masa pula,tiada siapa yang akakn memaksa sesuatu kerja itu dimulakan pada waktu bila dan harus siap pada waktu bila. Ya! Betul bila ada tempahan,adalah tarikh yang perlu disiapkan, Tapi sekurang-kurangnya dengan bantuan alat yang seba canggih pada masa kini,wanita-wanita yang banyak membuka pernigaan membuat kek dan senangkatan dengannya dirumah banyak bergoyang kaki kerana alatan-alatannya semua canggih. Dimana, mesin ketuhar yang besar,yang dapat menyiapkan beberapa biji kek dalam satu masa. Semuanya bergantung pada mesin. Bukan sepenuhnya menggunakan tenaga individu itu sendiri. Jadi. tidakalah begitu penat dalam melakukannya.

Bagi anda semua macam mana? Adakah anda ada keinginan untuk membuka perniagaan sendiri satu hari nanti? Aku memilih untuk membuka sebuah perniagaan sebagai pendapatan tambahan. :D


No comments:

Post a Comment