s2



Thursday 13 December 2012

MENIAGA MENGUNTUNGKAN?

Selepas aku tamat zaman diploma aku,aku telah bekerja dengan Yayasan Pahang dan setelah beberapa bulan aku telah ditukarkan bekerja di bawah syarikat guaman panel Yayasan Pahang. Sepanjang aku bekerja, aku selalu mendengar nasihat-nasihat pegawai-pegawai yang aku kenali bahawa mereka menasihati aku menceburi bidang perniagaan. Kata mereka meniaga ini sangat menguntungkan. Tidak semestinya mesti berniaga sesuatu yang terkenal,perniagaan kecil-kecilan pun boleh. Pegawai ini, masing-masing mempunyai perniagaan sendiri. Walaupun gaji mereka sudah tinggi,tetapi tidak salah bagi mereka untuk mendapatkan lebih pendapatan dengan hasil usaha mereka sendiri. Sebagai contoh,seorang pegawai yang mana namanya dirahsiakan,beliau membuat perniagaan "francais" mengenai produk Shaklee. Aku merupakan pelanggan tetap beliau dimana kadang-kadang aku membeli makanan tambahan untuk minda ataupun vitamin c.
Beliau sangat meminati bidang perniagaaan sehinggakan beliau fokus kepada bidang tersebut disamping bekerja dengan Yayasan Pahang. Maklumat lanjut boleh mengikuti blog beliau sendiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas mengenai perniagaan beliau.
http://rozana9079.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment