s2



Thursday, 20 December 2012

KUCING?

Kenapa mesti kucing? Aku sendiri pun tidak pasti kerana aku dikurniakan naluri ini,heheehehhe. Mungkin sebab aku suka kepada kecantikan,kecomelan, maka aku suka kucing. Dalam banyak-banyak binatang yang Allah tiupkan nyawanya, kucing juga menjadi pilhan aku. Di rumah aku pun ada pelihara kucing. Ianya menjadi satu perkara yang wajib kerana apabila tiada itu, rasa macam ada sesuatu yang kurang kepada rumah ini. Tiada serinya. Kata orang,kucing juga memilih tuan dia,maksudnya yang mana dia rasa dia akan selamat jika tinggal dengan tuannya itu, Paling banyak kucing pernah aku jaga iaitu sebanyak 11 ekor serentak dimana hanya mempunyai dua ekor ibu, dan yang lain-lain itu adalah anak-anak mereka yang terdiri daripada empat generasi.



Hingga ke akhir ini, ibu kucing tersebut masih wujud di rumahku,dan masih panjang lagi umurnya untuk melahirkan zuriat yang seterusnya. Aku tertarik melihat kecomelan kucing-kucing ini,. Lirikan matanya yang berwarna itu,kemanjaan dia,suka bergura dan sebagainya. Aku akan merasa sedih dan menangis apabila kucing aku demam dan atau mati kene langgar. Biasanya abah aku secara tidak sengaja terlanggar kerana tidak sedar bahawa ada kucing tidur di atas tayar Hilux miliknya. Hilux kalau dah gerak, tak kan rasa penyeknya kalau setakat anak kucing itu. Aku merupakan anak bongsu, tak ada aadik untuk di ajak berkawan atau bermain, maka aku memilih untuk bermain dengan kucing kesayangan aku. Aku ciap beli susu untuk bayi kepada kucing-kucing aku sehinggakan kalau abah aku keluar untuk beli barang,akan dibelinya susu bayi itu. Nampak macam dekat rumah ada budak kecil pula.hehehe

Keseronokan bermain dengan kucing hanya diri aku sahaja yang tahu kerana kita melayan dia. Cuba kalau kita tidak suka,mesti nak layan pun malas kan.hehehee. Sayangilah kucing anda,kerana kucing ini akan mendoakan tuannya yang menjaganya,memberi tempat perlindungan,memberi makanan,menjaga keselamatannya. Maka dengan izin Allah,kucing ini mendoakan kita juga kerana dia ingin menumpang hidup dengan kita hingga hujung nyawa.

No comments:

Post a Comment