s2



Wednesday 19 December 2012

ZAKAT PERNIAGAAN

Apabila seseorang individu Islam yang menjalankan perniagaan,yang mana apabila perniagaan itu mendapat keuntungan yang berlipat ganda di mana cukup haul,atau nisabnya,maka si peniaga itu wajib menunaikan zakat bagi mensucikan harta perniagaan tersebut. Jika kita semua sedari,sebenarnya orang bukan Islam yang menjalankan perniagaan juga ada mensucikan harta mereka. Tapi tidak dikenali sebagai zakat. Mungkin ada segelintir mereka menghulurkan bantuan kepada badan-badan tertentu,sekolah dan hadiah kepada rakan-rakan. Cuma bila dilihat dalam konteks Islam,kita menamakan ia sebagai zakat perniagaan.

Golongan-golongan yang berhak mendapat zakat ialah :

  1. Fuqara         - Orang-orang fakir
  2. Masakin       -  Orang0 orang miskin
  3. Amilin          - Amil,iaitu orang yang penguruskan kutipan zakat
  4. Muallaf        - Saudara baru Islam
  5. Firriqab        - Memerdekakan hamba
  6. Gharimin      - Orang yang berhutang
  7. Fisabilillah    - Berjihad dengan jalan Allah
  8. Ibnu Sabil    - Orang musafir yang terputus perbelanjaan
Dalam niat untuk menzakatkan harta ini, ianya terdiri daripada beberapa syarat. Sekiranya sesutu perniagaan itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka,ia tidak perlu membayar zakat.
Pertama, Isla.Peniaga mestilah seorang yang beragama Islam. Kedua, Kepunyaan mutlak,maksudnya disini iaitu hakmilik terhadap sesuatu harta itu mestilah sempurna keatas orang yang memilikinya. Ketiga, niat menjalankan perniagaan. Bukan niat untuk sesuatu yang lain.Tetapi ada aset tertentu yang mesti dikenakan zakat seperti aset semasa,liabiliti semasa dan sebagainya. Maklumat lebih lanjut,korang boleh membaca buku-buku yang berkaitan dengan perniagaan Islam ya. Keempat, cukup haul atau maksudnya perniagaan itu cukup setahun mengikut perkiraan bulan qamariah iaitu 354 hari. Dan akhir sekali yang kelima adalah cukup nisab.

Terdapat beberapa syarat-syarat tambahan yang lain mengikut hasil pembacaan aku seperti, harta yang diniagakan mestilah terdiri daripada harta yang halal, harta mestilah harta yang produktif, harta tersebut tidak dimaksudkan untuk kegunaan sendiri dan banyak lagi lah. Kalau kita fikirkan, kenapa sesuatu perniagaan itu kadang-kadang nampak macam muram,mundur. dan sebagainya.Bukan aku nak menuduh yang bahawa  mereka tidak menunaikan zakat,tapi Allah lebih mengetahui. Jangan kedekut dalam mengeluarkan duit untik berzakat, sesungguhnya zakat itu mensucikan harta dan insyaAllah ia akan mengembangkan harta kita itu.

Renung-renungkan dan selamat beramal :))

No comments:

Post a Comment