Aku tidak tahu memang sejak dari aku sekolah rendah lagi, aku sangat suka berniaga. Semasa aku bersekolah menengah dan duduk di asrama, aku telah meniaga kerepek hasil bantuan seorang mak cik ini yang ingin mencari rezeki tambahan kerana beliau telah menjaga anak kepada adik beliau yang telah meninggal dunia. Maka aku dengan kerelaan hati ingin menghulurkan bantuan secara sukarela iaitu mak cik itu mempunyai kepakaran dalam membuat kerepek ubi, maka aku menyuruh beliau membuatnya dan aku akan menjualnya di asrama.Alhamdulillah hasilnya sangat lumayan dan pada masa duklu di sekolah,tidak ramai murid yang terdedah dengan bidang perniagaan ini. Pada masa itu, aku seorang sahaja di kalangan pelajar asrama yang meniaga kerepek,maka hasilnya memberangsangkan kerana aku sahaj tempat untuk mereka fokus membeli kerepek-kerepek.
Sehingga ke hari ini,minat aku semakin mendalam untuk melakukan perniagaan. Dan azam aku adalah untuk membuka sebuah perniagaan yang bakal aku fikirkan apa yang aku mahu niagakan selepas aku tamat pengajian aku dalam ijazah sarjanamuda ekonomi ini. Hasrat abah aku adalah menyambungkan perniagaan yang dia telah laksanakan dan insyAllah aku dan bakal suami akan menjayakannya kerana bakal suami aku juga seorang yang minat dalam dunia perniagaan di mana beliau menganbil kursus pemasaran. Maka apabia ekonomi dan pemasaran bergabung,boom! meletup.hehehe. Aku berharap sangat dengan usaha selama ini membuahkan hasil kerana dalam al-Quran sendiri telah menyebut bahawa 99% ppekerjaan yang menguntungkan adalah perniagaan.
Doakan aku ya semua :))
Assalamualaikum,,
ReplyDeletenice blog :) hehe
boleh tak nak tanya, ape pandangan akak tentang pembangunan blog dalam perniagaan?