s2



Thursday, 20 December 2012

~BERWUDHUK~

Salah satu langkah yang aku akan amalkan apabila aku menghadapi tekanan atau mengharungi dugaan yang mendatang dengan mengambil wudhuk. Dengan langkah ini,hati akan menjadi tenang dan sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa yang sedah resah.Cewah! Tapi betul tahu, ada juga kawan-kawan aku yang mengambil pelajaran dalam bidang pengajian Islam, Bila aku sedang resah dan sebagainya,mereka menasihati aku untuk mengambil wudhuk.

Wudhuk bukan hanya untuk syarat sah solat, malahan banyak perkara yang boleh diamalkan dengan mengambil wudhuk seperti untuk menampakkan muka yang bercahaya,cantik,tenang dan sebagainya. Pesan mak abah aku,sebelum pergi kelas, sebelum tidur,hendaklah dalam keadaan berwudhuk supaya diri aman sahaja melakukannya. Sambil berniat apabila mengambil wudhuk itu bagi setiap anggota, insyAllah Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.

Kita semua hamba yang sangat lemah termasuk aku yang mudah leka,lalai dan alpa ini. Jadi aku hanya berharap kepada doa kedua ibu bapa aku dan keampunan daripada Allah S.W.T. untuk membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Amin. Marilah kawan-kawan aku mengajak kearah kebaikan,terutama sekali aku mengajak diri aku juga kerana kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari masalah dan sebagainya.

!BERWUDHUKLAH! :D

No comments:

Post a Comment