Bila aku tidak suka atau tidak minat kepada sesuatu perkara, maka aku memang malas untuk buat dan ambil serius tentang perkara itu. Tetapi hakikatnya aku terpaksa untuk buat demi kepentingan masa depan aku. Aku rasa bukan aku sahaja kot,semua orang pun macam itu. Bila kita dah tidak suka,kalo boleh pandang pun tak nak kan? Bukan semua orang mempunyai minat yang sama. Setiap individu yang ada di muka bumi Allah ini, mempujnyai minat yang pelabagai, yang tidak dapat dihitung begitu banyaknya. Tiada paksaan ke atas setiap individu untuk meminati sesuatu itu.
Serius aku mengaku. Aku memang lembab, bodoh sikit pasal IT ini kan. Tak semua perkara yang berkaitan dengan IT ini aku tidak suka,tetapi majoritinya adalah ya. Bagi aku sebenarnya rugi sangta otak dan hati aku tidak suka tak minat benda yang paling berharga ini. Sekarang ini kan dah masuk alam moden. Dunia tanpa sempadan. Sepatutnya aku kena tahu lebih cara penggunaan dan sebagainya. tetapi bagi aku dah tahu asas pun sudah cukup, sebab aku malas nak usaha. Bagi aku,ini bukan bidang aku..
Paling aku malas sekali sebebanrnya kena buat kerja orang. Dah sah tiada kaitan dengan kita. Tapi itulah aku ni,tahap belas kasihan dekat orang itu sangat tinggi. Sampai tak kisah diri sendiri kene marah ker, maki ker,apa-apa jelah asalakan bukan orang itu yang kena. Aku dah biasa dengan makian-makian orang ini. Kadang-kadang aku bersyukur kerana dengan cara orang itu, menambahkan pahala dan iman aku kerana aku mampu menahan marahku. Aku menjadi penyabar pula orangnya. Dulu aku jenis cepat marah, tetapi rasa bersyukur kerana sekarang ini, aku bukan diri aku yang dulu. Apa-apa pun yang orang cakap,aku tetap mampu tersenyum :))
Aku kalau boleh nak ubah perspektif aku ini. Aku tak nak buat kerja dalam paksaan. Tapi macam mana kan, memang dah terpaksa. Aku berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku dan memberi aku kekuatan untuk aku harungi perkara-perkara yang aku tidak suka dalam hidup aku ini. Tak lah semua perkara kau tidak suka,. Apa ingat aku ni bagus sangat ke? Memang sah-sah lah jawapannya tidak kan...YAng itu aku akui bahawa aku tidak bagus. Tapi sekurang kurangnya aku cuba untuk membuat yang terbaik. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment