Apa yang kamu semua fikirkan tentang topik ini? Apa kesimpulan semua tentang perniagaan sekarang ini. Korang rasa adakah ia satu penindasan atau ia memang sebetul betulnya keuntungan yang minimum diperolehi oleh si penjual? Kadang-kadang kita tengok barang itu tidak berbaloi dengan harganya. Sebagai contoh makanan,sikit sahaja ambil,tapi harganya bukan main mahal lagi. Kalau betul-betul sedap tidak kisah lah kan,tapi kene yang tidak sedap,bukanker nama penindasan ker itu? Aku pernah lah menyertai aktiviti jual beli ini kan. Selepas selesai perniagaan itu,ada macam penilaian semula atau apa kekurangan untuk di tambah baikkan pada masa akan datang.
Jadi bila sampai giliran aku untuk menyuarakan pandangan, aku berkata jujur bahawa macam tidak sesuai sandwich yang kami jual itu kerana terlalu mahal. Sedangkan beli roti yang jenama murah,lepas itu,hanya letak sardin. Sardin pun cop murah,dengan tiada timun atau bahan-bahan yang lain. Bayangkan sandwich yang kosong itu dijual dengan harga RM2.50. Aku sendiri denganr pun menelan air liur,tersedak. Jadi aku kemukakan pandangan,kalau kita yang jadi pembeli,apa yang kita fikir,betol tak?
Korang nak tahu apa jawapan En.X itu? Dia jawab,kita bukannya nak buat kerja amal. itu dah dikira murah jual dengan harga itu. Aku terkedu masa itu.Memanglah kita nakkan keuntungan bila meniaga betul tak?Tapi agak-agak lah kan nak margin yang sangat tinggi. Bukankah itu menindas pembeli. Serius selepas itu,aku tidakkan mengaktifkan diri untuk mengikuti aktiviti jualan lagi. Aku rasa bersalah kepada pembeli kerana mengenakan bayaran yang sangat tinggi dengan barang yang tidak seberapa,dah lah tidak sedap.Semua guna cop murah,Sardin yang diisi pun sikit sahaja.
Ini yang kita dapat lihat dalam dunia perniagaan yang berbentuk barangan ini kan. Sama ada kita sedar ataupun tidak,inilah apa yang berlaku sekarang. Sebenarnya penjual sedar akan kesilapan ini,tetapi apabila nafsu keuntungan itu mengesuai diri,maka hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa meletakkan dirinya di dalam keadaan tersebut. Semuanya nampak sempurna di mata penjual.
Aku harapkan sangat lah,bagi sesiapa yang membuka perniagaan sendiri, jangan terlalu memikirkan keuntungan,bukan bermaksud tidak untung langsung,tetapi jangan sampai menindas satu pihak yang lain. Mengambil kesempatan ke atas pembeli.
Pada satu hari, aku pergi ke pasar malam untuk membeli makanan. Mak cik itu letak tanda harga pada makanan itu RM1. Jadi, aku dengan kawan aku fikir murah lah kan. Kami pun beli lah dengan kuantiti yang lebih dalam bajet kami RM3. Masa hendak bayar,mak cik itu cakap,RM6 adik...Apa lagi,,terbeliak mata aku. Tak berbaloi langsung dengan beli makanan cucuk-cucuk itu sampai RM6. Aku pun bertanya,"ini berapa mak cik?". Mak cik itu menjawab, yang ini ada yang RM 1.50,ada RM1.30. Aku pun dengan terpaksa mengeluarkan duit sebab takut mak cik itu malu aku tak jadi beli. Barang dah masuk dalam plastik. Selepas bayar,aku cakap kat mak cik itu,kenapa mak cik letak tanda harga RM1 setiap satu? Tak baik mak cik menipu orang. Orang lain yang tengah memilih masa itu pun,perlahan-lahan letak sikit-sikit semula.Mereka beli sikit je.
Lepas pada itu,kalau pergi pasar malam,jangan haraplah aku dengan kawan aku nak beli dengan mak cik itu lagi. Menipu!..Tapi kami tengok,dia dah tak letak tanda harga RM1 itu lagi.. Yang ini,nampak jelas terang tang tang yang ianya satu penindasan!
No comments:
Post a Comment