s2



Thursday, 20 December 2012

JIWA AKU

Aku tidak tahu memang sejak dari aku sekolah rendah lagi, aku sangat suka berniaga. Semasa aku bersekolah menengah dan duduk di asrama, aku telah meniaga kerepek hasil bantuan seorang mak cik ini yang ingin mencari rezeki tambahan kerana beliau telah menjaga anak kepada adik beliau yang telah meninggal dunia. Maka aku dengan kerelaan hati ingin menghulurkan bantuan secara sukarela iaitu mak cik itu mempunyai kepakaran dalam membuat kerepek ubi, maka aku menyuruh beliau membuatnya dan aku akan menjualnya di asrama.Alhamdulillah hasilnya sangat lumayan dan pada masa duklu di sekolah,tidak ramai murid yang terdedah dengan bidang perniagaan ini. Pada masa itu, aku seorang sahaja di kalangan pelajar asrama yang meniaga kerepek,maka hasilnya memberangsangkan kerana aku sahaj tempat untuk mereka fokus membeli kerepek-kerepek.

Sehingga ke hari ini,minat aku semakin mendalam untuk melakukan perniagaan. Dan azam aku adalah untuk membuka sebuah perniagaan yang bakal aku fikirkan apa yang aku mahu niagakan selepas aku tamat pengajian aku dalam ijazah sarjanamuda ekonomi ini. Hasrat abah aku adalah menyambungkan perniagaan yang dia telah laksanakan dan insyAllah aku dan bakal suami akan menjayakannya kerana bakal suami aku juga seorang yang minat dalam dunia perniagaan di mana beliau menganbil kursus pemasaran. Maka apabia ekonomi dan pemasaran bergabung,boom! meletup.hehehe. Aku berharap sangat dengan usaha selama ini membuahkan hasil kerana dalam al-Quran sendiri telah menyebut bahawa 99% ppekerjaan yang menguntungkan adalah perniagaan.
Doakan aku ya semua :))

KUCING?

Kenapa mesti kucing? Aku sendiri pun tidak pasti kerana aku dikurniakan naluri ini,heheehehhe. Mungkin sebab aku suka kepada kecantikan,kecomelan, maka aku suka kucing. Dalam banyak-banyak binatang yang Allah tiupkan nyawanya, kucing juga menjadi pilhan aku. Di rumah aku pun ada pelihara kucing. Ianya menjadi satu perkara yang wajib kerana apabila tiada itu, rasa macam ada sesuatu yang kurang kepada rumah ini. Tiada serinya. Kata orang,kucing juga memilih tuan dia,maksudnya yang mana dia rasa dia akan selamat jika tinggal dengan tuannya itu, Paling banyak kucing pernah aku jaga iaitu sebanyak 11 ekor serentak dimana hanya mempunyai dua ekor ibu, dan yang lain-lain itu adalah anak-anak mereka yang terdiri daripada empat generasi.



Hingga ke akhir ini, ibu kucing tersebut masih wujud di rumahku,dan masih panjang lagi umurnya untuk melahirkan zuriat yang seterusnya. Aku tertarik melihat kecomelan kucing-kucing ini,. Lirikan matanya yang berwarna itu,kemanjaan dia,suka bergura dan sebagainya. Aku akan merasa sedih dan menangis apabila kucing aku demam dan atau mati kene langgar. Biasanya abah aku secara tidak sengaja terlanggar kerana tidak sedar bahawa ada kucing tidur di atas tayar Hilux miliknya. Hilux kalau dah gerak, tak kan rasa penyeknya kalau setakat anak kucing itu. Aku merupakan anak bongsu, tak ada aadik untuk di ajak berkawan atau bermain, maka aku memilih untuk bermain dengan kucing kesayangan aku. Aku ciap beli susu untuk bayi kepada kucing-kucing aku sehinggakan kalau abah aku keluar untuk beli barang,akan dibelinya susu bayi itu. Nampak macam dekat rumah ada budak kecil pula.hehehe

Keseronokan bermain dengan kucing hanya diri aku sahaja yang tahu kerana kita melayan dia. Cuba kalau kita tidak suka,mesti nak layan pun malas kan.hehehee. Sayangilah kucing anda,kerana kucing ini akan mendoakan tuannya yang menjaganya,memberi tempat perlindungan,memberi makanan,menjaga keselamatannya. Maka dengan izin Allah,kucing ini mendoakan kita juga kerana dia ingin menumpang hidup dengan kita hingga hujung nyawa.

(^_^)

Antara kata-kata hikmah yang terpilih dalam membantu meningkatkan motivasi diri aku sendiri dan menilai tahap kesabaran aku dalam kehidupan seharian. Kadang kala kata-kata ini perlu bagi membantu diri kita untuk maju ke hadapan supaya ia merangsang untuk kita supaya tidak berputus asa kerana terlalu banyak cara,jalan atau alternatif untuk kita mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Semoga kalian semua berjaya mencapai apa yang dihajati selama ini. InsyAllah.


  • Jangan Berputus Asa Ketika Menghadapi Kesusahan, Kerana Titisan Hujan Yang Jernih Juga Berasal Daripada Awan YAng Gelap.
  • Pelajari Sesuatu Daripada Hidup Anda.
  • Perbaiki Diri Anda, Tetapi Jangan Menjatuhkan Orang Lain