Aku tidak tahu kenapa aku berminat pula nak berkongsi cerita tentang perniagaan organ yang dijalankan secara haram ini kan...hahaha....tanpa kita sedari dalam negara kita ini terdapat aktiviti seperti ini. Aku rasa sebenarnya niat mereka itu suci tahu....tapi ini pandangan aku lah kan. sebabnya fokus mereka adalah membantu golongan yang memerlukan. kalo nak mengharapkan badan-badan yang tertentu,,terlalu banyak proses untuk diselesaikan.sempat pesakit mati dulu kan.
jadi mereka memilih untuk menggunakan cara yang tidak betul demi menyelamatkan nyawa pesakit...hurm,,,,tapi kita harus ingat,dan mengambil langkah yang berhati-hati kerana kita tidak pasti yang menderma organ itu,ikhlas atau pun tidak.
Aku ada tengok cerita Inggeris kan,orang yang menderma organ ini,dipaksa dan terpaksa menderma kerana untuk mendapatkan duit. kesian kat mereka semua.jadi kita fikirlah,,,,apabila kita membeli organ secara haram,apa impak kepada kita pada masa akan datang? dahlah organ itu melekat dalam badan kita kan....maksud aku untuk perkataan "kita" itu adalah untuk pesakit lah. bukan aku maksudkan untuk semua...buat apa pula kita nak bali organ kalo kita dah sempurna...huhuhuhu syukur Alhamdulillah :D
perkara macam ini kita perlu hindari....memang orang kata "berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul". kita yang tidak sakit ini,boleh lah tenang berkata-kata kan....bagi keluarga yang ahli keluarga dia sakit melibatkan gantian organ ini,,,keluh kesah siang malam memikirkan apa yang terbaik.... tapi kita harus ingat,ajal maut,jodoh pertemuan semua di tangan Allah....sekiranya tidak dapat diselamatkan,bukan salah doktor yang merawat.mereka sudah mencuba apa yang termampu. kita berusaha dan bertawakal sahaja pada Allah.. Semoga perniagaan ini tidak berleluasa kerana mungkin satu hari nanti,organ yang dijual secara haram ini,memberi implikasi yang negetif kepada pesakit,,seperti jangkitan kuman,tidak sesuai dengan darah dan sebagainya....
No comments:
Post a Comment