s2



Friday, 23 November 2012

MY BIG DAY (^_^)









Ini adalah masa aku sah bergelar tunang kepada En.Abdul Munir bin Arshad :))
tarikh keramat yang dipilih iaitu pada 24 ogos 2012 bersamaan hari raya keenam bertempat diteratak bahagia Hj.Md.Yusof bin Kadir & Hajjah Radziah binti Mamat....
setelah tiga tahun menjalinkan hubungan,maka pihak lelaki telah sepakat untuk menghantar rombongan meminang.........insyaAllah dengan berkat Allah S.W.T semoga hubungan yang telah dibina membawa kami berdua hingga ke syurga...Amin ya rabbal alamin.

e-bays (^_*)

Menurut pensyarah aku yang mengajar subjek perniagaan Islam,perniagaan e-bays ini adalah haram hukumnya. hal ini kerana jualan lelong yang dibuat jauh lebih tinggi daripada asal...huuurmmmm,,,tak tepat lagi ayat aku ni.macam mana ya nak cakap...huhuhhuu
haaaaa kan perniagaan e-bays ni,contohnya lah,si A nak jual barang dia...jadi dia minta tolong dengan si B....si B ini kira orang tengah la kan...si A kata, " B,aku jual dekat engkau sport rim ni dengan harga ini. engkau jual lah dekat sesiapa yang berminat dengan harga yang lebih supaya engkau dapat,aku pun dapat".haaaaaaaaa faham tak?? itu dah melibatkan unsur riba...penindasan si penjual kepada si pembeli.....

jadi,cuba kita fikit sejenak......huuuuuummmmm.....kadang-kadang kita tengok jualan dekat internet ini murah berbanding harga dipasaran. rupa-rupanya dengan harga yang mereka jual itu,banyak sangat margin atau keuntungan yang mereka perolehi... dah la tak payah membazir masa dan tenaga nak cari pembeli...malahan ada segelintir pembeli pula yang cari mereka....kepada kawan-kawan yang dah baca ini,,yang mana sebelum ini selalu membeli barang dengan e-bays ini,,tinggallah ya...sebaik-baiknya walaupun barang itu harganya murah,tapi melibatkan yang haram ini,tidak berkat hidup...bagi yang Islam,ingat ini...ceewwwwaaaaahhhh dah macam ustazah pula aku nie. sekadar perkongsian.... :))


Wednesday, 14 November 2012

KEMAH KEMING (^_^)

Seronok korang layan program ini :D kalau korang nak tengok dengan lebih lanjut sila layari http://www.youtube.com


PERNIAGAAN PASAR MALAM


Hai semua,,,,,,siapa yang tidak pernah pergi ke pasar malam?
haruslah semua pernah pergi kan....tidak kira bangsa apa pun,,semua pastinya merasa pergi ke tempat seperti itu....apa pendapat korang semua dengan perniagaan pasar malam?mahal?makanan sedikit?makanan tidak berkualiti?makanan tidak sedap? ataupun ada jawapan lain lagi???marilah berkongsi kat sini :D

sebenarnya perniagaan pasar malam ini sangat menguntungkan......cuba bayangkan orang yang menjual kuih itu....sepotong,sehiris,sebuku kuih itu dijual dengan harga berapa? hanya dua potong kuih harganya mampu membeli satu paket tepung...korang sekuju tak? untung sangat kan?bayangkan nak buat kuih bukan guna banyak tepung pun.....satu paket tpung itu dapat hasilkan beberapa buji kuih..haaaaa sangat-sangat menguntungkan.....

tapi penjual itu peduli apa nak jual dengan harga yang mahal atau tidak.sebab dia taw,pengguna atau pembeli akan membelinya juga sekiranya mereka mahu...tidak kisah dengan harga asalkan dapat makan sesuatu makanan itu.betul tak? kadi dalam sedar tak sedar,kita ini dah mengkayakan si peniaga pasar malam oleh kerana dengan alasan penat balik dari kerja atau belajar. kita malas nak masak dan sebagainya..hihi..

Aku bukan nak melarang korang pergi ke pasar malam,tapi cukup lah dalam sebulan itu,dua kali sahaja.....bagi yang masih belajar ini,,,kesian dekat mak ayah kene bagi duit lebih...anak-anaknya boros sangat,,huhhu....apa-apa pun aku suka sebenrnya pergi pasar malam..macam-macam pilihan makanan yang boleh kita dapat dengan pergi satu kawasan sahaja. kan mudah untuk kita...hihi....pemdapat korang pula mamcam mana?

PERMAINAN "ONLINE"

Hai....kalau korang semua perasan lah kan....bersepah pelajar-pelajar tidak mengenal usia melayari perniagaan permainan "online" ini. mereka terlalu khusyuk bermain sampai kekadang meninggalkan solat bagi yang muslim. sepanjang pemerhatian aku kan,dekat siber kafe,penuh pelajar-pelajar dari sekolah rendah asyik bermain permainan internet.. ada di antara mereka membeli permainan tersebut,demi memuaskan hati mereka. betapa mudahnya orang barat meracuni otak manusia. hanya menggunakan hujung jari sahaja mampu menjatuhkan manusia... tidak dapat nak disangkal lah kan kadang-kadang ada baiknya bermain ini kerana otak sentiasa ligat berfikir taktik-taktik yang perlu bagi menang. tetapi apabila menjadi ketagih,maka hanyutlah seseorang individu tersebut....aku  rasa banyak yang hendak diceritakan,tapi aku tak berapa fasih soal permainan internet ini....
jadi,ini adalah sedikit contoh permainan yang popular pada masa ini...


SEDAR TAK SEDAR,BILA RAYA BANYAK PERNIAGAAN MENGUNTUNGKAN

Haaaaaiiiiiiii macam mana dengan raya korang semua?banyak tak duit yang terkorban?uuuuuppppppsssssss aku tahu,pastinya korang semua tidak sedar yang banyak duit yang telah terkorban....tanpa korang sedari yang korang dah banyak membantu golongan para peniaga sempena menyambut hari raya ini.....baju baru?tudung baru?kasut baru?semuanya nak baru.....almaklumlah nak balik kampung jumpa dengan sanak saudara kan....mestilah tunjuk yang baru.apa?korang bukan yang macam itu?alolololololo tak payah nak hipokrit sangat lah....aku pown jiwa remaja...hahaahahha

sempena raya korban ini, aku nak kaitkan dengan perniagaan ialah penjualan barang mentah...seperti lembu,kambing dan sebagainya.mesti korang nampak binatang besar-besar sahaja semasa hari raya kan?habis itu,sayur-sayur dan lauk yang lain korang dapat free ke? wah dasyatlah korang semua...kalau macam itu,aku ucapkan tahniah lah....korang tahu harga lembu seekor untuk korban harganya berapa sekarang ini? itulah korang ini tahu makan aja....kalau lembu yang besar hampir mencecah RM3000++ tahu?haaaaaa lain kali korang rajin-rajinlah tanya ayah korang atau seangkatan dengannya.

memang seronok lah perniaga-perniaga bila menyambut musim perayaan...keuntungan berlipat ganda mereka dapat......Mampu si penjual ini menggelapkan mata kita...semua barang yang kita nak beli,,,nampak murah....laju jer masing-masing mengeluarkan duit kan....hihihihi....bila dah pilih baju warna ini,haruslah mencari tudung warna yang sama jugak kan...tidak cukup lagi,,,dari atas sampai bawah,semua nak satu warna....macam langsir lah pula...hihihi kasut sama warna,,beg tangan lagi...aduiiiii pening kepala kan...haaaa korang semua nampak tak?walaupun berniaga ini banyak risiko,tapi kalau kene dengan gayanya,,,banyak mengutip keuntungan kan?jadi,tak ada sesiapa ker yang berminat untuk berniaga? :D

PERNIAGAAN HARAM : ORGAN

Salam....Hai.....

Aku tidak tahu kenapa aku berminat pula nak berkongsi cerita tentang perniagaan organ yang dijalankan secara haram ini kan...hahaha....tanpa kita sedari dalam negara kita ini terdapat aktiviti seperti ini. Aku rasa sebenarnya niat mereka itu suci tahu....tapi ini pandangan aku lah kan. sebabnya fokus mereka adalah membantu golongan yang memerlukan. kalo nak mengharapkan badan-badan yang tertentu,,terlalu banyak proses untuk diselesaikan.sempat pesakit mati dulu kan.
jadi mereka memilih untuk menggunakan cara yang tidak betul demi menyelamatkan nyawa pesakit...hurm,,,,tapi kita harus ingat,dan mengambil langkah yang berhati-hati kerana kita tidak pasti yang menderma organ itu,ikhlas atau pun tidak.

Aku ada tengok cerita Inggeris kan,orang yang menderma organ ini,dipaksa dan terpaksa menderma kerana untuk mendapatkan duit. kesian kat mereka semua.jadi kita fikirlah,,,,apabila kita membeli organ secara haram,apa impak kepada kita pada masa akan datang? dahlah organ itu melekat dalam badan kita kan....maksud aku untuk perkataan "kita" itu adalah untuk pesakit lah. bukan aku maksudkan untuk semua...buat apa pula kita nak bali organ kalo kita dah sempurna...huhuhuhu syukur Alhamdulillah :D

perkara macam ini kita perlu hindari....memang orang kata "berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul". kita yang tidak sakit ini,boleh lah tenang berkata-kata kan....bagi keluarga yang ahli keluarga dia sakit melibatkan gantian organ ini,,,keluh kesah siang malam memikirkan apa yang terbaik.... tapi kita harus ingat,ajal maut,jodoh pertemuan semua di tangan Allah....sekiranya tidak dapat diselamatkan,bukan salah doktor yang merawat.mereka sudah mencuba apa yang termampu. kita berusaha dan bertawakal sahaja pada Allah.. Semoga perniagaan ini tidak berleluasa kerana mungkin satu hari nanti,organ yang dijual secara haram ini,memberi implikasi yang negetif kepada pesakit,,seperti jangkitan kuman,tidak sesuai dengan darah dan sebagainya....