s2



Sunday 30 September 2012

SaYa Sayang DiRi SaYa { NUR HANIM BINTI MD. YUSOF }

Nama dipilih Nur Hanim binti Md. Yusof. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Ibu bapa saya dikurniakan alhamdulillah semuanya puteri...

Sepanjang saya belajar, saya mendokong hasrat ibu bapa saya untuk melihat anak bongsu mereka berjaya dengan cemerlangnya. Diiringi juga dengan hasrat saya iaitu mahukan yang terbaik lahir dari diri saya untuk menyumbangkan kepada keluarga tersayang.

Sebelum saya menyambungkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan program Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian, saya merupakan seorang pelajar jurusan diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah(KIPSAS) , Kuantan , Pahang. Sepanjang tiga tahun saya mengikuti pelajaran dalam bidang Kewangan Islam.